Wednesday, December 21, 2011

Pengakhiran pengajian aku peringkat Ijazah Sarjana Muda





aiseh, sedar xsedar... aku da berada di pengakhiran proses pengajian aku diperingkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Kedah 2011...

setelah 2 tahun bergelumang dgn tugasan, aku kini berada di semester 6 iaitu last semester...

selepas ini aku akan berhadapan dengan FInal EXAM.. tp sebelum tu aku perlu menghadapi perbentangan hasil kajian aku (VIVA Presentation).. oh tidakkkkk...!!!

lepas tu bru exam akan bermula pd 5hb January 2012- 20hb January 2012... ketaqnye lutut aku...

so, this is the last exam for me and for my coursemate too...

Thursday, June 30, 2011

Praktikal time da hbs....

aiseh.. praktikal time dah hbs.. aq nk wat apa duk umah ni? haa, xper la.. aq ada masa utk msg honey aq (ala, sedangkan masa praktikal pun sempat msg, opsss)... hehe... da la cuti sampai bulan 9.. mau kering aq duk umah duk cangak kt umah.. kering ke? hehe... skrg aq ada kt umah.. kje aq mkn tdo solat dan xdilupakan (msg dgn honey yg tercinta)... hehe... thats all for today.. daa.. ^_^

aq bertemu si dia (penawar hatiku)..

masa aq tgh time praktikal pun, sempat lagi aq curi2 nk balik ke kedah nk jumpa yg tercinta.. hehe.. alah, sabtu dan ahad je pun.. xtahu nk ceritakan mcmne.. aq seronok dpt jumpa dia.. bygkanlah, dah lama xberjumpa sejak hari jadi aq yg lepas.. tu je yg dpt aq ceritakan..

I Love her so much.. My honey, i love u till the end of my life..

Praktikal (Majlis Perbandaran Taiping)

Owh tidak... practical training? dup dap dup dap... berdetap jntung aq.. ahhh, apa kisah.. aQ da biasa Kje.. Xda hal la.. :P

Aq pergi kje mmg SMART giler woo.. Alih2 staff yg berkenaan kata xpayah la nk pakai tie.. relax sudeh.. yg pakai cuma org atas je.. aq pun apa lagi, xyah la skema2 sgt dgn tie ni.. hehe... tp yg pntg jaket hitam aq stay pakai.. nmpk SMART sikit.. lgpun aq mmg ske pakai jaket.. masuk2 aq tgk, aq sorg je bdk praktikal laki.. aiseh, semuanya pompuan.. aq dtempatkan di Jabatan Khidmat Pengurusan.. secara keseluruhan, staff kt cni mmg happening dan layan habis.. Kje aq? aq wat kje apa ek? ntah.. tgk je la log book aq.. hehe... tp tempoh aq praktikal xlama just for 5 week.. (16/5- 17/6/2011).. pendek kan? xsempat nk bg berasap punggung.. da nk hbs.. huhu...

Exam

Exam aQ berlangsung agak lmbt.. Tp ini first time exam dlm dewan besar UiTM Kedah.. Sgt besar dan menyejukkan (sesejuk kutub utara).. Nasib aq pakai jaket hitam.. Dlm jaket tu da jd mcm poket doraemon.. Mcm2 aq letak, kotak pensel, hp, kad matrik dan nota2 (bila lak aq bawa nota.. ish3x..) Dipendekkan citer.. Disitulah tmpt exam aq dari mula hingga akhir exam.. Lepas selesai minggu exam.. Bapak ah.. lega.. biarin nk dpt apa, janji aq da jawab apa yg patut aq jawab.. Baik punyer... ^_^

Hye SeMua

PerGhhh... Dah berhabUk BloG aq Ni...
Nmpak SgT daH lama Aq x upDate.. KeraJinan Nk updaTe tu aq xdeR.. tu Yg Maleh Den nK update.. Ni Dah Bulan Bpe ea?? OMG daH hujunG bulan 6 der... CiAn bLOg aq ni... Xper, Sat Lagi aq Topup Isi Perut hG ea.. dan Aq touch Up Muka hg... ngee~~~

Tuesday, March 15, 2011

^_^ meet wif my angel ^_^

Pada 11/ 3/ 2011, aq ke Alor Setar utk berjumpa dgn bidadariku yg amat ku rindui.. Aq ke Alor Setar bersama kwnku dan aq tidur dirumahnya hingga hari sabtu.. Pd Jumaat itu, aq bertemu dgn puteri hatiku pd pukul 11 pagi. Die bersama rakannya "EPi", mereka merancang utk membeli barang dsekitar pekan Rabu (utk dbawa semasa posting).. Aq menaiki bas bersama mereka.. Bidadariku kelihatan indah dan sempurna dmata dan hatiku.. Bgku, dialah segalanya.. Aq terasa tenang bersamanya..

Walaupun lama bersua tp terasa masa cepat berlalu sygku.. Aq bersama puteriku dan epi merantau ke merata pelusuk pasaraya utk survey barang murah.. Aq fhm segala sikap puteri hatiku ini.. Aq terlalu sygkan dia, dia adalah rusuk kiriku.. Aq cintakan dia... Dia melengkapkan hidup aq.. Selesai membeli barang, kami bergerak pulang ke tmpt dia belajar (rahsia).. Disitu juga aq mengambil beberapa gambar kenangan abadi aq bersama dia... Dlm lewat petang, aq balik ke rumah kwn aq..




jersey pemberian puteriku----encem x?--epal dibeli oleh puteriku kpd ku

to my love: sygku, terima kasih atas segala pemberianmu ini syg.. abg terharu dan amat menghargainya syg..


Sayangku, walaupun masa berlalu dan air hujan menimpa kita..
Hati dan jasad ini tetap bersamamu syg..
Dalam ujan kita memotret kasih bersulam cinta,
Abg tenang tatkala bersamamu syg..
Senyumanmu mendamaikan hatiku syg..
Syg segalanya dlm hidup abg..
Syg adalah bidadari abg ddunia dan diakhirat..
Syg, abg amat menyintaimu syg..
Syg melengkapkan diri abg..
Kekuranganmu abg isi dgn kelebihan abg..
Kekuranganku syg isi dgn kelebihan syg..
Syg adalah rusuk kiri abg..
Abg akan jaga syg dgn nyawa abg..
Hati ini setiap hari merinduimu syg,.
Doa abg terhadap syg xpernah putus..
Syg penyejuk mata dan penawar hati abg..

ikhlas dari cinta hatimu, aus_azimah..

Lawatan ke Ministry of Finance

Pada tarikh 3/3/2011 hingga 4/3/2011, aq menyertai lawatan bersama2 semua rakan sekelas aq ke Ministry of Finance (Kementerian Kewangan Malaysia) di Putrajaya.. Kami semua bertolak dari UiTM Kedah pd pukul 2.30 ptg (geng aq sampai lewat kot).. hehe.. Kami xnek bas UiTM, sgt2 xbest.. Apatah lagi, naek bas sewa yg agak sempit.. xselesa lak tu.. tp apa2 pun perjalanan segalanya lancar tanpa masalah.. Driver pun not bad.. Slow je dorg bawa (thanks to driver bas krn berhati2)..

Kami semua tiba di Shah Alam pd pukul 10 mlm dan kami menginap di Kolej Akasia 8 Intec, Shah Alam.. Skema giler pak guard kolej tum, xgantung kad matrik pun kne marah (mmg arammm la kan).. bagus lagi UiTM Kedah (hidup UiTM Kedah) hehe... Keesokkan hari, kami bergerak ke UiTM Shah Alam (main kampus) pd pukul 9 pagi..

Kami merayau ke fakulti kami utk berjumpa dgn kwn2 masa diploma dulu.. windu gler beb.. ujan lak turun time tu, redah aje la.. hehe.. renyai2 jer.. klu salji kan best.. :P Masa yg diperuntukan xlama utk berada di UiTM Shah Alam krn kami perlu ke Putrajaya utk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya.. Cuaca masa tu mmg panas gler weh.. usah dkenang la.. mandi peluh gak la utk sampai ke dalam masjid.. habis je solat Jumaat, terus balik semula ke bas dan bergerak ke Kementerian..
Disana kami di persembahkan dgn ceramah ttg kewangan dan struktur dan cara kerja kementerian kewangan.. bru aq tahu bukan senang bekerja di kementerian kewangan... byk cabarannya.. cian org yg kje kt kewangan sampai botak kepala dorg, xpun beruban sebelum masanya.. huhu.. selesai ceramah, kami djamu dgn makanan (bihun dan kuih2).. kenyang gak aq mkn.. selesai semua tu, kami bergambar d lobi kementerian beramai.. dan balik semula ke bas utk aktiviti sendiri iaitu bersiar2 d sekitar putrajaya.. mmg best... biasalah, da lma xke putrajaya, kali terakhir g putrajaya adalah tahun 2003.. pastu kami pulang semula ke UiTM kedah dan sampai pada pukul 2 pagi.. sekian utk kali ini.. :)


depan MOF


di putrajaya-----di depan MOF--- masjid putrajaya

Sunday, February 27, 2011

...Sayangku...

Entah mengapa, semakin hari aq semakin sayangkan diri kekasih hatiku ini... Setiap masa aq memikirkan dirinya.. Dalam setiap helaan nafasku, daku xpernah melupakannya..

Sayangku, abg amat menyintai dirimu syg..
Abg amat merinduimu syg..
Cinta ini hanya utkmu syg..
Setiap saat, waktu dan ketika, hnya syg dhati abg..
Sygku, dirimu adalah rusuk kiriku, pelengkap hidupku...
Kehadiranmu mendamaikan hatiku..
Senyumanmu ku dambakan krn senyumanmu menenangkan hatiku..
Sygku, dirimu umpama bintang utara, penunjuk jalan yg cerah..
Syg, dikau beri ku harapan saat ku jatuh agar bangun semula..
Sygku, abg amat menyintai dirimu..
Abg menyintai dirimu seadanya...
Seluas mana pun laut dmuka bumi, luas lagi hamparan cintaku pdmu..
Sebiru mana warna langit, biru lagi cintaku pdmu..
Abg tanamkan pohon yg merimbun, utk dirimu berteduh dbawahnya..
Abg suburi benih cinta yg tersemai..
Abg hujani dengan kasih dan sayang..
Abg setia menjadi tempatmu bersandar sygku..
Cinta dan syg ni akan ku surami dgn keteguhan iman..
Jernih syurga kita bersama selamanya..
Abg akan didik syg dgn kasih syg..
Abg akan juga didik syg menjadi seorang isteri yg solehah..
Syg adalah bidadari abg didunia dan diakhirat..
Ya Allah, kau berkatilah jalinan yg suci ini..
Ku amat menyintai dirinya..
Ku amat menyayanginya...
Dialah segalanya dhatiku...
Dikaulah isteri ku, kekuatanku dan temanku yg amat kucintai..
Dihatiku hanya ada dirimu seorang sahaja sygku..

ps: sygku, itulah cincin perkahwinan kita... abg cintakan syg selamanya..

Tuesday, February 22, 2011

My Angel My Sweet Heart For The Rest Of My Life

Tatkala aq kesorgan, aq sering berDOA agar dikurniakan peneman setia utk menemani hidupku..

Ya Allah, kurniakan daku serikandi..
Yang bakal menjadi penyejuk dimata dan dihatiku..
Di dunia dia lah penyeri.. Di syurga menanti dia lah bidadari...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku..

Akhirnya pintu hatiku diketuk oleh seorang wanita, semuanye berlaku tanpa disengajakan.. Benar kata bijak pandai, kita perlu bersedia menerima jodoh yg akan tiba tanpa diduga dan tanpa di sangka sangka..

Ya Allah, aq bersyukur kepadaMu. Kau telah perkenankan doa kudusku.. Kau kurniakan ku wanita yg mempunyai sifat2 yg memang daku cari selama ini.. Bagi ku, dia telah melengkapkan ku.. Dia berikanku ketenangan dan kedamaian jiwa..

Sayangku... Puteri Hatiku.. Terima Kasih krn hadir dlm hidupku.. Abg amat menyintaimu syg.. Keluarga abg merestui hubungan kita... For the rest of my life, i'll be with you.. I'll stay by your side, honest and true to the end of my time, i'll there for you..

ikhlas menyintaimu,
Muhamad Firdaus Hafizi @ Aus

Abg persembahkan lagu ini khas utkmu sygku..

Thursday, February 17, 2011

Bachelor in Administrative Science Club 2010/2011

Mak kata, rezeki ada dimana2.. Benar kata mak, aq xsangka diberi jawatan di dalam persatuan sebagai Exco Tugas2 Khas di dlm BASIC (Bachelor in Administrative Science Club), satu kelab yg khas utk setiap program.. Setiap kod program ada club mereka tersendiri.. Satu majlis telah diadakan utk memperkenalkan barisan ahli majlis kepada semua pelajar program kami.. Sbg pendekatan utk mereka mengenali kami.. Aq telah mendapat mandat utk mengelola sebuah aktiviti bernama Majlis Kecemerlangan BASIC 2011 dan aq secara rasmi adalah Pengarah Projek nyer.. huhu.. Ini kali pertama aq organize program mcmni... Ketar lutut pun ada.. Huhu.. Tp xmengapa, aq mempunyai barisan jawatankuasa yg akan membantu aq memudahkan perjalanan majlis dari A to Z.. Majlis ni akan berlangsung pada 17/3/2011 di SP Inn, Kedah..

Nama di bawah adalah nama ahli jawatankuasa yg terlibat :

Ketua projek : Muhamad Firdaus Hafizi

Timbalan Ketua Projek : Mohd Azril Anis

Setiausaha : Mohd Shafiq

Naib Setiausaha : Madihah

Bendahari : Muna Zaleha

Naib Bandahari : Shah Reza

Exco Protokol : Huzlan

Exco Cenderahati : Noor Izzaty

Exco Makanan : Afizana Izura

Exco P/A System&Prop : Mohammad Rahime

Exco Persembahan : Khairul Hafiz

Exco Publisiti / Sijil : Azimah

Exco Kebersihan : Siti Fatihah

Exco Kebajikan : Siti Shakirah

Exco Pengangkutan : Mohd Qhairul Nazri

Exco Pendaftaran : Mohamad Izham/ Faridul Atrash/ Che Farah Aini/ Nadya Mustika

Exco Logistik : Wan Mohd Aimi/ Mohd Khairul Azhan

Master of Ceremony : Zulkifli / Aziza

Photographer : Futera Naim

atas:gambar sewaktu AGM 1st 2011

bawah: logo club Kami

Kemiskinan yg melampau

Inilah semester yg paling perit wat diri aq.. Baru bulan 2 tp wit PTPTN aq da hbs, kering kontang.. Ya Allah,hny Kau yg tahu betapa perit ku rasakan.. Aq nk minta kt parent aq tp aq segan, mana x nya, dpt PTPTN masa bulan 1 tp bln 2 da hbs.. Maunyer dorg x investigate dan soal desak aq dan aq juga bkn suker susahkan family aq.. I love them so much.. CUkuplah selama ni dorg bersusah utk aq, kali ni biarlah aq bersusah sendirian.. Bila kwn2 ajak mkn luar, aq xtaw nk ckp mcmne utk mengatakan bahawa aq mmg da xda wit.. Tp aq terpaksa tebalkan muka aq dgn meminjam dari kwn2 aq, itu saja cara yg ada utk meneruskan hidup aq.. Kwn aq yg sorg ni, dia amat baik hati dan aq doakan dia dmurahkan rezeki, dia beri aq pinjam wit dia yg sementara waktu.. Dan aq da kuarkan semua duit tabung aq yg penuh syiling utk ditukarkan dgn wit kertas.. Setakat lepas utk isi minyak moto,cukuplah.. Kini, aq dlm dilemma.. Aq ketandusan wit dan pd masa yg sama aq harus membayar segalanya utk pengajian aq (fotostat, print, bli buku, minyak moto, barang makanan).. Klulah wit blh turun mcm hujan turun dari langit.. huhu...
without money, life will be miserable..

18/2/2011

Sudah agak lama aq x ke udara (amboi,mcm dj la plak)... hehe... Bkn apa, aq skrg ni bz yg xkira masa.. Aq ada masa utk ber-facebooking tp xda masa utk ber-bloging.. Facebook aq buka kejap jer,nk tgk kot2 ada new post or new comment.. Pastu aq off.. Nk ber-blog ni aq kne amek masa utk taip.. Biasalah,aq mana byk idea utk menulis.. huhu.. sowi la klu korg tgk blog aq ni masih di tampuk yg lma.. huu..

bz gler aq bulan ni @ sem ni.. huhu